Friday, 27 September 2013

Homestay di Kuala Rompin, Pahang ( Amin Homestay )

   Selamat datang ke Amin Homestay Kuala Rompin, Pahang. Homestay yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Kuala Rompin ini sedia menerima tempahan untuk tuan/puan sekeluarga mendudukinya. Terletak hanya sekilometer untuk ke Bandar Rompin pastinya memudahkan pergerakan tuan/puan sekiranya mempunyai urusan disana.


Ia juga bersebelahan dengan FreshMart Nandemo dan berdekatan dengan Tunas Manja Mart,  maka oleh itu Amin Homestay Kuala Rompin sangat memenuhi keperluan bagi mereka yang ingin berehat bersama keluarga mahupun menghadiri majlis perkahwinan.

Dengan jarak sekitar 2km dari Pantai Hiburan Kuala Rompin, maka Amin Homestay adalah pilihan yang tepat untuk anda menginap di sini.

Pelbagai kemudahan telah kami sediakan bagi memastikan keselesaan tuan/puan menginap, bagaikan berada di rumah sendiri !

Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti berikut :-
  1. Tiga bilik tidur berserta  penyaman udara.
  2. Sebuah katil bersaiz Queen bagi setiap bilik.
  3. Sebuah almari pakaian bagi setiap bilik.
  4. 2 buah bilik mandi.
  5. Set sofa di ruang tamu.
  6. TV LCD 32 inci berserta ASTRO.
  7. Seterika .
  8. Sejadah.
Di bahagian dapur pula kami turut menyediakan :-
  1. Set meja makan.
  2. Peti ais.
  3. Periuk nasi
  4. Dapur gas, kuali dan periuk.
  5. Pinggan serta gelas minuman. 
Selain itu keperluan mandian seperti tuala dan shower foam turut disediakan.


Dengan kadar bayaran berpatutan iaitu RM180 semalaman maka Amin Homestay Kuala Rompin Pahang ini adalah pilihan yang tepat untuk anda sekeluarga.

Silalah berkunjung ke Amin Homestay Kuala Rompin. Kami sedia menanti anda di sana !
Sila hubungi :-
Pakcu Amin : 019-738 4757    atau 
Pn. Natasya : 019-752 5751

Bilik tidur. 
(Katil Queen. Alamari dan penyaman udara)


Ruang Tamu
( Sofa. TV LCD & ASTRO )

Set Meja Makan

Peralatan Memasak di Dapur
( Periuk Nasi. Dapur Gas. Peti Ais )


Garaj Kereta
( Boleh memuatkan 2-3 kenderaan )

Antara kemudahan lain yang berhampiran dengan Amin Homestay adalah :-

1. Maybank, BSN, Bank Islam dan Tabung Haji.
2. Klinik Swasta ( Klinik Azwan, Klinik Rompin ) & Klinik Gigi Roswadi
3. Food court ( Bersebelahan Tunas Manja )
4. KFC ( Sebaris Maybank )
5. Farmasi Alsyifaa ( Bersebelahan KFC )

( Jarak Amin Homestay dengan tempat-tempat di atas adalah 1 km sahaja ) 

No comments:

Post a Comment