Friday 4 September 2015

TEMPAHAN UNTUK AMIN HOMESTAY BAGI BULAN SEPTEMBER 2015

AMIN HOMESTAY. AMIN HOMESTAY. AMIN HOMESTAY.

TEMPAHAN BULAN SEPTEMBER.

1) 11 DAN 12 September 2015

2) 18 September 2015

3) 19 September 2015

Bagi yang ingin membuat tempahan boleh call

Amin - 019-738 4757

( Deposit : RM50 )

Terima kasih.


Wednesday 14 January 2015

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih kepada para pengunjung Amin Homestay, Kuala Rompin, Pahang 2014.
Moga sudi datang lagi di lain masa.


Puan Aimi sekeluarga. TQ kerana send gambar selfie :)


Puan Liza bersama keluarganya. TQ kerana send gambar selfie :)


***Amin Homestay di Kuala Rompin***

Tuesday 29 July 2014

Salam di Aidilfitri 2014

Kami Amin-Homestay
Mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Muslimin & Muslimat
Info :-
Tempahan Julai 2014
26-29
29-30
31 julai - 1 ogos
***Amin Homestay di Kuala Rompin***

Monday 7 October 2013

Homestay di Kuala Rompin ( Amin Homestay Rompin )

Homestay di Kuala Rompin,
sedia menerima tempahan untuk anda menginap di sini.

>>>Bersebelahan Masjid Jamek Rompin.
>>>2km dari Pantai Hiburan Rompin.
>>>3 bilik berpenyaman udara serta perabot.
>>>Dapur lengkap dengan alatan memasak.
>>>2 bilik air dan tandas.

>>>Hanya 1km jarak untuk segala keperluan di Bandar Rompin.
       (Bank, KFC, farmasi, klinik, kedai buku, medan selera, Tunas Manja Market dan lain-lain )

Untuk tempahan. Sila hubungi :-

1. Pakcu Amin 019-738 4757

2. Pn. Natasya 019-752 5751 

HANYA RM 200/day
untuk keselesaan anda sekeluarga.

Kuala Rompin

Kuala Rompin adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh di sepanjang pantai daerah Rompin. Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok ru atau cemara tumbuh dengan banyaknya disitu. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidakpun menjejaskan kekuatan pokok ru itupada keseluruhannya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat ini dikenali dengan Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja Rompin. 


Kuala Rompin telah menjadi salah satu tempat yang popular di Rompin, Pahang. Kuala Rompin menjadi semakin pesat dengan pelbagai aktiviti di laut dan darat. Kuala rompin ini juga mempunyai keindahan persekitaran yang menyegarkan dan mendamaikan.

Taman Negara Endau-Rompin




juga terkenal dengan udang galah

Masjid Jamek Kuala Rompin

Jadi, mengapa tidak berkunjung ke sini. Destinasi istierehat anda sekeluarga !

Kredit to blog : puterijasmin

Selamat berkunjung ke Blog saya, Amin Homestay Rompin

Thursday 3 October 2013

Ilmu Blog ( Pagerank )

* Ini bukan cerita homestay. Tapi cerita pagerank blog.




Blog memang untuk mereka yang kaki menulis. Segala perkara akan dikongsikan di blog. Saya juga begitu satu masa dahulu. Blog lama saya PakCu adalah tempat saya berkongsi cerita dengan pembaca ( walaupun tak ramai mana ). Cuma hari ini dek ledakan FB maka saya makin kurang menulis. Setahun kutinggal terus !

Cuma kali ini saya ingin kongsikan kaedah pagerank untuk tuan/puan menaikan ranking blog tuan-tuan.

Caranya mari kita cuba sama-sama


1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.






PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi macam nie...

14.
amin homestay kuala rompin

15. BLOG ANDA...


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya ok….
Selamat mencuba.

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat traffic yang banyak... Pastu Jangan Lupa promote link entry ni.. kat member-member korang.. lagi banyak lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yang buat 10% jer maknanya dalam 10 orang yang buat... ingat lagi banyak backlink kita... lagi tinggi rating kita kat google..
.

Akhir kata. Selamat berkunjung ke blog saya.
Amin Homestay Rompin

Friday 27 September 2013

Homestay di Kuala Rompin, Pahang ( Amin Homestay )

   Selamat datang ke Amin Homestay Kuala Rompin, Pahang. Homestay yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Kuala Rompin ini sedia menerima tempahan untuk tuan/puan sekeluarga mendudukinya. Terletak hanya sekilometer untuk ke Bandar Rompin pastinya memudahkan pergerakan tuan/puan sekiranya mempunyai urusan disana.


Ia juga bersebelahan dengan FreshMart Nandemo dan berdekatan dengan Tunas Manja Mart,  maka oleh itu Amin Homestay Kuala Rompin sangat memenuhi keperluan bagi mereka yang ingin berehat bersama keluarga mahupun menghadiri majlis perkahwinan.

Dengan jarak sekitar 2km dari Pantai Hiburan Kuala Rompin, maka Amin Homestay adalah pilihan yang tepat untuk anda menginap di sini.

Pelbagai kemudahan telah kami sediakan bagi memastikan keselesaan tuan/puan menginap, bagaikan berada di rumah sendiri !

Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti berikut :-
  1. Tiga bilik tidur berserta  penyaman udara.
  2. Sebuah katil bersaiz Queen bagi setiap bilik.
  3. Sebuah almari pakaian bagi setiap bilik.
  4. 2 buah bilik mandi.
  5. Set sofa di ruang tamu.
  6. TV LCD 32 inci berserta ASTRO.
  7. Seterika .
  8. Sejadah.
Di bahagian dapur pula kami turut menyediakan :-
  1. Set meja makan.
  2. Peti ais.
  3. Periuk nasi
  4. Dapur gas, kuali dan periuk.
  5. Pinggan serta gelas minuman. 
Selain itu keperluan mandian seperti tuala dan shower foam turut disediakan.


Dengan kadar bayaran berpatutan iaitu RM180 semalaman maka Amin Homestay Kuala Rompin Pahang ini adalah pilihan yang tepat untuk anda sekeluarga.

Silalah berkunjung ke Amin Homestay Kuala Rompin. Kami sedia menanti anda di sana !
Sila hubungi :-
Pakcu Amin : 019-738 4757    atau 
Pn. Natasya : 019-752 5751

Bilik tidur. 
(Katil Queen. Alamari dan penyaman udara)


Ruang Tamu
( Sofa. TV LCD & ASTRO )

Set Meja Makan

Peralatan Memasak di Dapur
( Periuk Nasi. Dapur Gas. Peti Ais )


Garaj Kereta
( Boleh memuatkan 2-3 kenderaan )

Antara kemudahan lain yang berhampiran dengan Amin Homestay adalah :-

1. Maybank, BSN, Bank Islam dan Tabung Haji.
2. Klinik Swasta ( Klinik Azwan, Klinik Rompin ) & Klinik Gigi Roswadi
3. Food court ( Bersebelahan Tunas Manja )
4. KFC ( Sebaris Maybank )
5. Farmasi Alsyifaa ( Bersebelahan KFC )

( Jarak Amin Homestay dengan tempat-tempat di atas adalah 1 km sahaja )